Apakah makna Krismas sebenarnya? Setiap tahun umat Kristian merayakan Krismas. Mungkin ada di antara orang-orang percaya merayakan Krismas kerana ianya adalah satu amalan tradisi dari dahulu kala. Krismas memang manjadi kebiasaan majoriti Kristian di seluruh dunia sejak ia dimulakan pada akhir abad ke-4 Masihi. Untuk 300 tahun pertama umat Kristian dari zaman rasul-rasul, Krismas tidak dirayakan kerana ianya bukan satu perintah Tuhan dalam Alkitab dan juga tiada manusia yang tahu tarikh kelahiran Yesus Kristus. Saya percaya ini adalah kerana Tuhan Yesus tidak mahu manusia terlalu mengheboh-hebohkan tarikh kelahirannya. Yang penting adalah Yesus telah lahir ke dalam dunia untuk menjadi Penyelamat umat-Nya (Mat 1:21).
Yesus datang ke dalam dunia untuk memberi terang. Dialah terang yang menerangi semua manusia (Yoh 1:9). Yesus adalah Bintang dari Timur (Wahyu 22:16) yang bersinar memancarkan pengetahuan Allah yang benar dan yang Hidup. Yesus berkata, ”Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup, tiada orang datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6) dan juga ”Aku datang untuk memberi Hidup dan Hidup berkelimpahan” (Yoh 10:10).
Adakah saudara menikmati hidup berkelimpahan dalam Yesus pada musim Krismas ini? Datanglah kepada Dia yang merupakan Juruselamat dunia (Yoh 4:42). Yesus, bintang dari Timur yang gilang-gemilang akan menyinari hidupmu. Selamat Hari Krismas 2007 dan Tahun Baru 2008. Tuhan Yesus memberkati kalian semua, saudara-saudariku yang dikasihi Tuhan.

Di petik Dari : cahayanusantara.blogspot.com