Seperti yang di bincangkan di Forum IGWT Sebelum ini maka:
Pada 30 nov 2007, IGWT Team telah membuat join venture dengan PMMSIBPR telah mengadakan aktiviti Perkelahan di Kg. Tombotuan, Kota Belud. Gambar ini adalah Sebahagian daripada ahli IGWT yang hadir untuk turut serta dalam aktiviti itu. Ini adalah Aktiviti pertama IGWT menyatukan ahlinya. Aktiviti ini turut di sertai oleh PMM Tombatuan yang mana telah banyak membantu dalam proses menjayakan aktiviti ini.
Antara yang menarik sepanjang aktiviti ini berlangsung adalah mandi-manda, Bola Sepak, Sepak Takrow, poco-poco serta masak memasak. Selain itu Gelagat anak2 muda yang riang, ketawa jelas terpapar di wajah masing² terutamanya sesi "game" berlangsung... Kebanyakan Ahli serta jemaat yang mengikuti aktiviti ini begitu "spoting" sehingga berjaya mencapai objektif aktiviti ini, dan inilah objektif utama IGWT untuk mempastikan tidak ada satu pun anak muda kristian yang tercicir dalam aktiviti seperti ini..
Slide ShoW
Kenangan Terindah
Antara Aktiviti yang sempat di ambik gambar: Sukan Sepak Takrow.. Best Gelanggang Dorg... Dalam Dewan lampu terang men sampai jam 10 malam pun buleh. PMM di sini pandai² men o.. seronok join dorg men... :)
Bola Sepak.. PMM Tombotuan ngan IGWT sama² turun padang buat persahabatan. Tapi team campur² la.. baru "join venture" nama dia.. heheh. Sama² kuat yang kena gol dulu kena buka baju sebab itu la peraturan untuk menentukan jersi masing².. :)
Cliff Menunjukkan Hikmat Memotong Nangko Tahap Dewa... hahahah...
PMMSIB Pekan Ranau.. Reflector..
Senyum Sokmo... :)
POCO-POCO
Wahh.. tengok la betapa "spoting" dorg² ini... kekekeke
Selamat DatanG
Sedikit Mengenai IGWT:
InGodWeTrust atau Lebih di kenali sebagai IGWT merupakan sebuah kumpulan anak Muda Kristian yang menjalankan aktiviti² gereja seperti sukanneka, perkelahan, sukan (bolasepak, sepak takrow, futsal) dan banyak lagi. Aktiviti² seperti ini secara tidak langsung dipantau oleh pekerja sepenuh masa,dan juga para penatua serta pemimpin gereja. Setakat ini, IGWT belum pernah membuat sebarang aktiviti di luar pengetahuan "mereka". Melalui program ini, IGWT berharap dapat menarik minat anak² muda kristian untuk turut serta mengikuti aktiviti yang akan dibuat kelak. IGWT juga berharap melalui usaha ini kita akan dapat menjangkau anak² muda kristian yang sudah lama tidak mengikuti aktiviti² gereja..Blog ini pula di buat bertujuan untuk merakamkan segala perkembangan kumpulan dari awal penubuhan sehinggalah blogger.com tidak lagi memberikan perkhidmatan seperti ini (Percuma). Segala aktiviti yang sedang/akan di buat akan di iklankan di sini dan di Forum IGWT. IGWT berharap blog ini akan menjadi wadah bagi kita untuk berkongsi berkat Tuhan melalui aktiviti/program yang bakal di lakukan... sekian
Bersama ALLAH kita Lakukan Perkara yang Besar... God Bless IGWT

Bersama ALLAH kita Lakukan Perkara yang Besar... God Bless IGWT
Isnin, 3 Disember 2007
IGWT di Kg Tombotuan, Kota Belud
Borang Maklum BaLas
Renungan
-
Lakukan sekarang - Selagi kita terdaya, selagi masa tidak menjadi kekangan, selagi kesihatan mengizinkan, selagi keluarga tidak terlalu membutuhkan, selagi beban kerja masih boleh ditanggung, selagi semuanya berjalan seakan-akan baik, mari layanilah Dia. Kerana akan datang saat kita tidak akan terdaya, masa menjadi kekangan, beban kerja menghimpit, tuntutan keluarga menjadi kemestian dan semuanya serba tak kena. Semuanya akan menjadi penyesalan, Kerana anda telah terlambat.
