Selamat DatanG

Sedikit Mengenai IGWT:

ANAK MUDA BERHARGA DI MATA TUHAN

InGodWeTrust atau Lebih di kenali sebagai IGWT merupakan sebuah kumpulan anak Muda Kristian yang menjalankan aktiviti² gereja seperti sukanneka, perkelahan, sukan (bolasepak, sepak takrow, futsal) dan banyak lagi. Aktiviti² seperti ini secara tidak langsung dipantau oleh pekerja sepenuh masa,dan juga para penatua serta pemimpin gereja. Setakat ini, IGWT belum pernah membuat sebarang aktiviti di luar pengetahuan "mereka". Melalui program ini, IGWT berharap dapat menarik minat anak² muda kristian untuk turut serta mengikuti aktiviti yang akan dibuat kelak. IGWT juga berharap melalui usaha ini kita akan dapat menjangkau anak² muda kristian yang sudah lama tidak mengikuti aktiviti² gereja..Blog ini pula di buat bertujuan untuk merakamkan segala perkembangan kumpulan dari awal penubuhan sehinggalah blogger.com tidak lagi memberikan perkhidmatan seperti ini (Percuma). Segala aktiviti yang sedang/akan di buat akan di iklankan di sini dan di Forum IGWT. IGWT berharap blog ini akan menjadi wadah bagi kita untuk berkongsi berkat Tuhan melalui aktiviti/program yang bakal di lakukan... sekian

Bersama ALLAH kita Lakukan Perkara yang Besar... God Bless IGWT

Jumaat, 25 Januari 2008

SURAT DARI TUHAN YESUS

Hai sayang...

Sejak kamu bangun pada pagi hari ini, Aku memperhatikan kamu dan berharap kamu akan segera menyapa-Ku, walaupun cuma beberapa kata saja, atau meminta pendapat-Ku dan bersyukur kepada-Ku atas segala sesuatu yang baik telah terjadi dalam hidupmu kelmarin. Tetapi Aku melihat kamu terlalu sibuk mencari-cari pakaianmu yang terbagus untuk bekerja. Aku menunggu lagi. Setelah siap, kamu berlari tergesa-gesa, Aku tahu bahwa kamu memiliki waktu beberapa saat untuk berhenti sejenak untuk menyapa-Ku, tetapi kamu masih terlalu sibuk.

Berikutnya, kamu tidak melakukan apa-apa. Kamu hanya duduk saja dengan santai di atas sofa selama 15 menit, Kemudian tiba-tiba kamu beranjak, Aku mengira bahwa kamu hendak berbicara kepada-Ku, tetapi ternyata kamu beranjak hendak menelpon teman-temanmu untuk mengetahui gosip-gosip terbaru.

Setelah itu, kamu pun berangkat dari rumah untuk segera bekerja dan Aku masih menunggumu sepanjang hari dengan sabar. Dengan segala aktivitimu yang sangat padat, Aku kira kamu masih tidak sempat untuk sekadar menyapa-Ku.

Pada tengah hari. Sebelum kamu menyantap makan siangmu, Aku melihat kamu menoleh ke kiri dan ke kanan, mungkin kamu merasa malu untuk berbicara kepada-Ku, maka dari itu kamu tidak menundukkan kepala padahal kamu sudah melihat beberapa teman-temanmu berbicara kepada-Ku terlebih dahulu sebelum mereka menyantap makanan mereka, tetapi kamu tidak...

Tidak apa-apa...

Setelah petang tiba, kamu pulang ke rumah. Masih ada waktu yang tersedia, Aku masih berharap kamu untuk menyapa-Ku. Ternyata masih banyak pekerjaan yang harus kamu selesaikan di rumah. Setelah selesai, kamu menghidupkan TV. Aku tidak tahu kamu suka menonton acara-acara di televisi atau tidak, hanya saja kamu kerap kali menghabiskan banyak waktu di depanya, tanpa memikirkan apa-apa kecuali menonton setiap acara yang ada sambil menikmati cemilan. Kembali Aku menunggu dengan sabar. Tetapi kamu masih saja tidak menyapa-Ku.

Tibalah waktu untuk tidur bagimu, tentunya kamu sudah merasa sangat lelah sepanjang hari ini. Kemudian kamu pun langsung tertidur dengan pulasnya. Tidak apa-apa karena mungkin kamu tidak menyadari bahwa Aku ini selalu ada disekitarmu. Aku mempunyai kesabaran dan kelembutan lebih daripada yang dapat kamu ketahui. Bahkan Aku ingin sekali mengajarmu bagaimana untuk bersabar dan bersikap lembut kepada orang-orang di sekitarmu dengan baik.
Aku sangat mengasihi kamu. Setiap hari Aku menunggu tundukan kepalamu atau doa-doamu atau ungkapan terima kasih dari dalam hatimu.


Seperti kelmarin-kelmarin, kamu bangun dari tidurmu dan kembali Aku menunggu dengan penuh kasih setia dan berharap pada hari ini kamu paling tidak akan memberikan sedikit waktu untuk-Ku.

...Aku memberkatimu!
Temanmu, Yesus

Iblis dan Muzik Masa Kini

Banyak lagu-lagu moden yang tersebar luas di seluruh dunia mengandungi unsur-unsur yang boleh mempengaruhi pendengarnya untuk melakukan perbuatan yang buruk. Apakah anda terkejut mendengar kenyataan ini atau sedang menganggukkan kepala tanda setuju? Jika kita perhatikan isi kandungan lagu-lagu popular hari ini, kita akan dapati bahawa sejumlah besar darinya berbicara mengenai kepercayaan kepada kuasa ghaib, perbuatan-perbuatan lucah serta pemberontakan terhadap Tuhan dan mereka yang berkuasa. Banyak daripada lagu-lagu cinta sebenarnya luahan hati penyanyi yang merindukan perbuatan yang sumbang dengan kekasihnya. Ada juga sejumlah besar lagu yang menggalakkan kepercayaan dan penyembahan iblis.

Satu daripada punca keburukkan isi lagu-lagu moden ialah bapa segala yang jahat iaitu Iblis. Iblis ialah pemberontak agung yang sampai kini berjuang menentang Allah. Satu daripada caranya untuk mengajak manusia menyertainya dalam usaha menentang Allah ialah dengan menggunakan muzik. Iblis ingin menjadi seperti Allah dan menerima pujian sepertimana yang diberikan oleh malaikat-malaikat di syurga kepada Allah setiap saat. Dalam Yesaya 14:13 dan 14 kita diberitahu hal berikut tentang Iblis:

Engkau bertekad naik ke langit dan menempatkan takhtamu di atas bintang-bintang yang tertinggi. Engkau ingin naik ke puncak awan dan menjadi seperti Yang Maha Kuasa.

Sedikit sebanyak Iblis telah berjaya mencapai ini melalui muzik. Banyak jenis muzik masa kini memuja Iblis. Pendengar dan penyanyi lagu-lagu ini secara langsung memuji Iblis setiap kali lagu itu dinyanyi atau dihayati. Walaupun ada yang tidak sedar atau tidak percaya akan kenyataan ini, hakikatnya nama Iblis telah dipuji.

Dunia muzik tidak asing kepada Iblis. Apabila diciptakan oleh Allah, Iblis dicipta sebagai malaikat kerub dan tugasnya ialah memimpin malaikat-malaikat lain menyanyi pujian kepada Allah. Di dalam Yehezkiel 28:11-19, Alkitab menyatakan bahawa Iblis diciptakan dengan alat-alat bunyian di dalam badannya. Kemungkinan besar alat-alat inilah yang menghasilkan muzik yang dipakai para malaikat sewaktu memuji Allah di syurga. Jadi, tidak hairanlah jika Iblis menyasarkan muzik sebagai satu alat utamanya menjangkau dan memerangkap manusia ke dalam kuasa gelapnya. Iblis sekarang sedang beroperasi di dunia kerana ke sinilah dia dilemparkan setelah usahanya melawan Allah gagal. Dan di sinilah Iblis bekerja keras untuk menipu umat manusia. Dengar apa yang tertulis dalam Wahyu 12: 9,

Naga besar itu dibuang dari syurga. Itulah ular tua yang bernama Iblis atau Syaitan, yang menipu seluruh dunia.

Ya, Iblis yang telah dibuang ke bumi ini sedang giat menipu manusia. Satu cara dia melakukan penipuannya adalah melalui muzik. Jika kita perhatikan lirik-lirik lagu popular hari ini, kita mungkin akan terkejut. Banyak sekali dari lirik lagu kini berunsur lucah dan berkaitan dengan pemberontakan serta pembunuhan. Ini tidaklah menghairankan jika apa yang baru sahaja saya kongsikan itu benar.

Apakah tujuan Iblis? Apakah yang mahu dicapai Iblis dalam dunia ini? Saya percaya jawabannya boleh ditemui dalam Yohanes 10:10. Di sana Yesus mengelarkan Iblis si Pencuri dan berkata:
Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh dan merosak.

Ya, itulah agenda Iblis di dunia ini. Melalui muzik dia sedang berusaha mencuri ramai orang muda dari Kerajaan Allah. Melalui muzik popular dia menggalakkan pendengar-pendengar muzik ini membunuh diri. Muzik moden boleh merosakkan ramai dari pendengarnya, baik secara mental, fizikal maupun rohani.

Apakah tanggungjawab kita sebagai umat Kristian terhadap usaha Iblis ini? Pertama, kita harus sedar bahawa kita diarah untuk meniru Yesus. Sebagai orang Kristian, idola kita mestilah Yesus dan bukan penyanyi-penyanyi yang tidak mempedulikan Allah. Ramai orang masa kini melihat kepada penyanyi-penyanyi terkenal sebagai model mereka. Gaya hidup dan pakaian mereka menjadi tiruan. Idea-idea bukan-Kristian yang terkandung dalam lagu-lagu nyanyian penyanyi pujaan mereka dijadikan falsafah hidup mereka. Jika ini dilakukan oleh orang Kristian, jelaslah dia hidup dipandu oleh manusia dan bukan Yesus. Kita haruslah boleh berkata dengan rasul Paulus kata-kata ini:

Ikutlah teladanku, sebagaimana aku pun mengikut teladan Kristus (1 Korintus 11:1).

Teladan siapakah yang sedang anda ikut - penyanyi yang dipuja atau Yesus yang disembah?
Kedua, sebagai orang Kristian, kita mesti memastikan bahawa apa yang baik sahaja memasuki minda kita. Satu cara paling senang untuk sesuatu masuk ke dalam minda kita adalah melalui deria pendengaran. Lagu-lagu dengan senikata lucah atau jahat jika didengar dan dihafal telahpun memasuki dan menetap dalam minda kita. Ini tidak patut berlaku. Dengarlah arahan Allah dalam Filipi 4:8 yang berbunyi,

Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.

Perintah ini sukar ditaati jika kita siang dan malam mendengar dan menyanyi lagu-lagu berunsur lucah dan anti-Kristian. Sebaliknya, adalah baik dan penting bahawa telinga kita sentiasa dihadapkan dengan lagu-lagu rohani yang suci dan indah.

Apabila kita mendengar lagu-lagu rohani, lirik-lirik Alkitabiah akan menyerap masuk ke dalam minda kita dan membantu kita mentaati arahan Allah dalam surat Filipi. Secara jujur tanyalah dan jawablah soalan ini: Apakah lagu-lagu yang kita nyanyikan setiap hari itu membantu anda mempunyai minda yang mulia dan murni? Jika jawabannya tidak, ingin saya galakkan anda untuk berhenti mendengar dan menyanyi lagu-lagu yang tidak sesuai ini. Apakah lagu-lagu yang anda minati itu sesuai untuk pendengaran orang Kristian? Jika tidak, saya galakkan saudara untuk berhenti mendengar dan memiliki lagu-lagu ini.
Sumber ini didapati dari website yang menarik sekali...

Borang Maklum BaLas


Renungan

- Lakukan sekarang - Selagi kita terdaya, selagi masa tidak menjadi kekangan, selagi kesihatan mengizinkan, selagi keluarga tidak terlalu membutuhkan, selagi beban kerja masih boleh ditanggung, selagi semuanya berjalan seakan-akan baik, mari layanilah Dia. Kerana akan datang saat kita tidak akan terdaya, masa menjadi kekangan, beban kerja menghimpit, tuntutan keluarga menjadi kemestian dan semuanya serba tak kena. Semuanya akan menjadi penyesalan, Kerana anda telah terlambat.